SELAMAT DATANG

Wednesday 14 December 2011

Permulaan Industri Hotel



Di Eropah, biara memberikan tempat kediaman tumpangan kepada pengembara yang memerlukan  tempat bermalam. Pihak iara bertujuan untuk menarik minat para pengembara kepada agama kristian secara tidak langsung.  Pada peringkat awal, pembinaan rumah tumpangan di Pusat Perdagangan Venter adalah bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan perniagaan hotel.  Secara lazimnya terdapat ruang awam di mana para pengembara boleh duduk bersama-sama dan mengadakan perbincangan.  

Perkembangan hotel juga seiring dengan perkembangan jaringan perhubungan.  Pembinaan landasan keretapi mewujudkan hotel berhampiran stesyen keretapi, begitu juga kemajuan kapal terbang.  Industri hotel akan berkembang seiring dengan keperluan dan kehendak pengembara.  Perkara ini juga mewujudkan rumah rehat, rumah tumpangan dan juga rumah persinggahan.  Rumah tumpangan dipercayai bermula pada tahun 1200.  Pada ketika revolusi industri (1750-1820), rumah tumpangan dianggap sebagai rumah tumpangan yang terbaik di dunia.

 Hotel de Henry yang dibina pada tahun 1788 merupakan hotel eropah yang pertama yang memuatkan 60 buah bilik.  Perkhidmatan hotel eropah biasanya dikendalikan oleh keluarga. Hotel Termand yang dibina pada tahun 1829 merupakan hotel kelas pertama yang mula-mula sekali dibina di Boston.  Hotel ini dilengkapi dengan bilik peribadi, pintu yang berkunci, peralatan mandian dan bantuan pelayan secara percuma.  Hotel ini merupakan hotel yang mula-mula sekali diwujudkan di dalam industri perhotelan.

Perkembangan industri hotel berkembang dengan lebih pesat melalui pembinaan rangkaian Hotel Statler di Jalan Swan and Washington, Buffalo, pada 1907.  Hotel Starler ditukar nama kepada Hotel Buffalo pada tahun 1923.  Slogan hotel Starlet ialah "bilik dan kemudahan mandi untuk satu dolar setengah"

Pada tahun 1950 konsep baru motel, boatel dan floatels dibina.
Photo 23253 

Menjelang tahun 1960, kebanyakkan pemilik hotel kecil mengabungkan perniagaan mereka dengan rangkaian hotel yang besar seperti Sheraton, Hilton, Hyatt dan Holiday Inn melalui sistem franchise untuk mendapatkan manual operasi, penggunaan jenama, sistem tempahan kebangsaan dan pengiklanan.

Pada tahun 1970, dunia perniagaan semakin berkembang.  Kebanyakkan usahawan seringkali mengembara di serata dunia bagi menjalankan perniagaan. Iindustri hotel meningkat secara mendadak berikutan perkembangan perniagaan secara global.  Kerancakkan perniagaan di seluruh dunia menggalakkan usahawan untuk mengembara, jadi perkembangan hotel moden adalah untuk memenuhi keperluan usahawan dan juga pelancong

Disesuaikan dan diterjemah dari:


No comments:

Post a Comment