SELAMAT DATANG

Monday 19 December 2011

Hotel yang Termahal


 

Bilik hotel yang termahal - Taj Boston  (6 Juta USD)

Adakah peminat dunia seni yang ingin mencari peluang untuk meninggalkan warisan di Bandaraya Boston, Amerika Syarikat?  Pertimbangkan tawaran eksklusif: dengan hanya menempah "Suite Hotel yang bernilai USD 6 Juta " di Taj Boston pada hujung minggu. Nama anda akan diabadikan di Kompleks Persembahan di Boston Conservatory.  Boston Conservatory merupakan sebuah kolej seni persembahan bebas yang berprestij.  Kolej tersebut menawarkan ijazh dan sarjana dalam bidang muzik, tarian dan teater muzikal
Bilik Boston Conservatory pada hujung minggu di Taj Boston merupakan hotel yang termahal di dunia bernilai 6 juta USD. Kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut : 

1.  Hak untuk menamakan kompleks bangunan baru teater Hotel Taj Boston
2.  Jet peribadi untuk dua orang daripada mana-mana destinasi di dunia ke Boston.
3.  Pemindahan menggunakan limosin
4.  Penginapan selama 3 malam di Bilik Presiden Taj Hotel dengan keluasan 1,540 kaki persegi dengan ruang tamu yang sangat luas dengan permandangan yang mengadap Taman Awam dan Commonwealth Avenue, ruang untuk makan dan dapur,  bilik tidur yang sangat luas, bilik mandi yang ditatahkan dengan marmar mewah dengan perkhidmatan butler 24 jam.
5.  Sebuah Jaguar XJ yang boleh digunakan semasa penginapan dan boleh dibawa pulang atau pun ditinggalkan di garaj di Boston dengan kemudahan valet parkir seumur hidup
6.  Jadual perjalanan yang eksklusif pada majlis perasmian Boston Conservatory termasuk majlis memotong riben
7.  Lawatan ke Bangunan Teater Anda
8.  Persembahan pada malam pembukaan oleh artis, Majlis resepsi yang eksklusif, makan malam dan diikuti majlis pencuci mulut selepas majlis untuk artis persembahan dan juga penaung.
9.  Tiket seumur hidup untuk menyaksikan persembahan di Boston Conservatory
10.  Satu koleksi cenderahati ingatan yang berukir (Pinggan Perak Christofle , Gelas Tiffany Champagne, Magnum Cristal Rose)
11.  Jamuan Perpisahan Minum Tengahari di Restoran The Roof ,Taj Boston

disesuaikan dan diterjemah dari:
http://www.mademansion.com/taj-boston%E2%80%99s-6-million-dollar-suite/taj-boston-6-million-dollar-suite-1/


No comments:

Post a Comment