D'impian Samrah Resort, Janda Baik, Pahang
Janda Baik, sebuah destinasi pilihan bagi pengunjung-pengunjung yang inginkan suasana damai jauh dari kesibukan kota. D'impian Samrah Resort dilengkapi kolam renang, bilik persidangan, kafeteria dan restoran yang menyajikan makanan barat dan timur yang enak. Matlamat utama resort ini diwujudkan ialah untuk menjadikannya sebuah pusat sehenti program bina diri dan percutian lengkap. Pengunjung masih boleh menikmati udara segar dan sejuk. Pada waktu malamnya pula, suhu di resort boleh mencapai sehingga 22 darjah celcius.Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini antaranya mendaki bukit ke Air Terjun Ulu Tampit yang mengambil masa kira-kira sejam perjalanan melalui trek yang disediakan. Penat lelah seolah-olah hilang apabila para pengunjung dapat menikmati kedinginan air terjun yang mengalir deras di situ. Bagi pengunjung yang ingin pengembaraan yang lebih bermakna, mereka bolehlah meneruskan pendakian hingga ke air terjun tingkat ke tujuh yang pastinya akan memberi pengalaman yang unik. Selain itu, banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh dilawati seperti ladang buah-buahan, kolam ternakan ikan, ladang organik selain berkelah di Pulau Santap
No comments:
Post a Comment